Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Polis Kunak Sertai Kursus Kendali Enjin Sangkut

polis

KUNAK : Polis daerah Kunak menganjurkan latihan amali pengendalian enjin sangkut bagi membolehkan anggotanya tanpa mengira pangkat mempunyai kemampuan menjadi pengendali bot sekiranya berdepan situasi yang tidak diduga di tengah laut.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kursus itu diadakan selama seminggu sejak 7 Nov lepas.

“Ia adalah persiapan awal dan pendedahan ilmu berkaitan enjin sangkut yang boleh dimanfaatkan sekiranya berlaku kes-kes di tengah lautan kelak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, pada kursus yang disertai 14 Anggota Pangkat Rendah (APR) itu, peserta didedahkan dengan ilmu pengendalian bot termasuk teknik merapat di kapal, pemeriksaan berkala dan pengenalan kepada punca enjin sangkut sukar dihidupkan, enjin terlalu panas dan perjalanan bot terhenti tiba-tiba.

Beliau berkata, selepas latihan itu diharap polis Kunak tidak mempunyai masalah kekurangan anggota yang boleh menjadi pengendali bot.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan