Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota polis kemalangan patah kaki

PASUKAN Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) beri rawatan awal kepada seorang anggota polis yang patah kaki selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Pekan Tuaran, berhampiran simpang Jabatan Air, di Tuaran. – Foto Recqueal Raimi

 

TUARAN: Seorang anggota polis patah kaki selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Pekan Tuaran, berhampiran simpang Jabatan Air, di sini, pagi tadi.

Dalam nahas jam 10.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun itu diberi rawatan awal oleh pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis, berkata pihaknya menghantar empat anggota ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 10.46 pagi.

“Sebaik tiba, skuad APM mendapati mangsa terbaring dipercayai kaki kanannya patah dan bahagian hidung turut mengalami luka kecil.

“Skuad APM bekerjasama dengan PBSM memberi rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Tuaran,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata kemalangan itu membabitkan seorang anggota polis namun belum menerima laporan berhubung kejadian.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Tuaran dan ia bukan kes langgar lari, sebaliknya individu atau pemandu kenderaan itu turut membantu menghantarnya ke hospital,” katanya. – BH ONLINE

PASUKAN Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) beri rawatan awal kepada seorang anggota polis yang patah kaki selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Pekan Tuaran, berhampiran simpang Jabatan Air, di Tuaran. – Foto Recqueal Raimi

Komen


Berita Berkaitan