Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Polis Ditahan Di Kunak Terbabit Atur Pergerakan Pengganas – Mohd Bakri

pengganas

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata anggota polis yang ditangkap di Kunak, Sabah Rabu lepas dipercayai terbabit mengatur pergerakan keluar masuk pengganas Sulu di Sabah.

Beliau berkata anggota berpangkat koperal itu juga didapati mempunyai saudara di selatan Filipina.

“Kami belum lagi menyiasat secara keseluruhan pergerakan dia,” kata Mohd Bakri kepada pemberita selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Wanita siri 1/2014 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur, Sabtu.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung penangkapan enam orang termasuk seorang koperal polis dalam operasi khas memburu pengganas Sulu di Kunak, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan penangkapan itu berkata tangkapan terkini tersebut adalah susulan kejadian pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu pada Februari tahun lalu.

Mengenai majlis tersebut, Mohd Bakri berkata 22 anggota berketurunan Cina adalah antara 1,473 yang menerima tauliah sebagai konstabel polis.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) menggalakkan lebih ramai rakyat berbangsa Cina memohon memasuki badan beruniform ini memandangkan keperluannya ada dan untuk memastikan penglibatan semua kaum dalam pasukan penguatkuasa negara.

“PDRM telah membuat proses pemilihan bagi kaum Cina yang memohon dan mereka akan dipanggil,” katanya.

Pada majlis itu Mohd Bakri menyampaikan anugerah kepada pelatih terbaik keseluruhan iaitu Maizatul Fadzeera Zulkepli dan pelatih terbaik akademik Maizatul Aishah Muhammad Nor serta pelatih latihan luar terbaik Siti Nur Aznii Arzemi.

Komen


Berita Berkaitan