Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota polis diingat jangan sebar maklumat keselamatan

6:41pm 22/12/2015 Pak Roshan 89 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

PDRM1

SANDAKAN: Anggota polis daerah ini diingatkan supaya menjauhi budaya kerja yang boleh menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan orang ramai termasuk menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali, berkata penyebaran maklumat yang belum tentu kesahihannya menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp hingga menjadi viral hanya menimbulkan keresahan masyarakat.

“Ia juga jelas melanggar undang-undang menerusi Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Kita perlu menjauhi budaya ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan sosial,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, pagi tadi.

Pada majlis itu, seramai 10 anggota menerima kenaikan pangkat, manakala 25 anggota pula menerima surat penghargaan atas pelbagai sumbangan.

Sementara itu, Fadzil berkata, sempena musim cuti sekolah dan perayaan, polis daerah ini mengadakan rondaan dan pemeriksaan lebih kerap di kawasan perumahan.

Beliau berkata, kerjasama masyarakat memaklumkan kepada polis tempoh ketiadaan mereka di rumah penting dalam membantu pihaknya menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

“Mereka yang meninggalkan rumah kerana pulang ke kampung halaman boleh maklumkan kepada polis agar rondaan dilakukan di kawasan perumahan mereka,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan