Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ANGGOTA POLIS CEDERA DILIBAS SENJATA TAJAM

PENAMPANG: Seorang anggota polis menerima lima jahitan di siku kiri akibat dilibas senjata tajam oleh seorang penagih dadah sewaktu menjalankan operasi membanteras dadah di kawasan setinggan di sini pada Khamis.

Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama sepasukan pelbagai cawangan menyerbu sebuah rumah dipercayai terbabit aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Kejadian jam 4.45 pagi itu berlaku apabila suspek warga asing berumur 48 tahun itu bertindak melarikan diri apabila pasukan serbuan mengepung salah sebuah rumah di kawasan setinggan itu.

“Semasa pihak polis cuba menenangkan penagih terbabit, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menggunakan sebilah parang panjang dan melibas kearah anggota polis.

“Anggota tercedera di siku kiri apabila cuba menghadang libasan itu dengan tangan,” katanya.

“Suspek yang positif dadah bagaimanapun berjaya ditahan dan kita berjaya merampas syabu seberat 5.28 gram daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan