Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Polis Berperut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat

1915650_1640618946201836_2488638911373152032_n

ANGGOTA polis berperut buncit dan mempunyai berat badan berlebihan mungkin tidak akan dinaikkan pangkat selepas ini.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan setiap anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Menurutnya, amaran yang dikeluarkan ini bagi memberi dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM supaya menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, tambahnya syarat bagi kenaikan pangkat ini adalah perlu untuk memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan dan memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” ujarnya. – Harian Metro

Komen


Berita Berkaitan