Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ANGGOTA PKR DAN PH DIAJAK BEKERJASAMA PASTIKAN KEMENANGAN ANWAR DI PORT DICKSON

 

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (tiga kanan) pada sidang media ketika ditemui di Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Sabah di Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Mohamed Azmin Ali mengajak semua anggota parti itu termasuk dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama untuk memastikan kerusi Parlimen Port Dickson kekal milik PH.

Beliau memberikan komen secara ringkas itu apabila ditanya mengenai tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson yang menggesa agar dua pemimpin PKR tidak datang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

“Saya tidak boleh bercakap mewakili Bersatu, namun komen saya ialah mengajak semua anggota parti termasuk PH untuk memastikan kerusi Port Dickson kekal ditangan PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Negeri PKR di pejabat PKR Negeri Sabah, di Penampang, di sini hari ini.

Dua pemimpin PKR yang dimaksudkan Bersatu Port Dickson ialah Naib Presiden yang juga calon Timbalan Pre­siden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Ahli Bersatu kawasan itu memberitahu, Abdullah Sani dilaporkan pernah mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri jika Mohamd Azmin menewaskan Rafizi dlaam perebutan kerusi Timbalan Residen PKR.

Tambah mereka lagi, Rafizi pula mengkritik pelantikan ahli Kabinet kanan yang dibuat kepimpinan PH yang didakwa beliau dibuat tanpa penyertaan PKR.

PRK Port Dickson akan diadakan berikutan tindakan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menjadi ahli Parlimen. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan