Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota PGA Sandakan Maut Motosikal Rempuh Belakang Bas Mini

3:24pm 05/04/2016 Pak Roshan 2100 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah bas mini di Jalan Batu Sapi berhampiran Taman Melanta dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata anggota itu dikenal pasti sebagai Koperal Zakaria Taib, 48, mati di tempat kejadian dalam insiden kira-kira pukul 8 malam itu, tidak jauh dari Ibu Pejabat PGA Sandakan.

Beliau berkata mayat anggota PGA itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan menurutnya polis telah mengambil kenyataan daripada pemandu bas itu bagi membantu siasatan.

Katanya polis turut meminta sesiapa yang menyaksikan kemalangan itu tampil di balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurwati Ismail di talian 089-242254 untuk membantu siasatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan