Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota PGA, pengawal keselamatan ditembak

PGA

SANDAKAN 15 Jun – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata mayat anggota PGA itu berpakaian biasa manakala pengawal itu merupakan penjaga tapak pembinaan tersebut.

Kedua-dua mayat ditemui terbaring berhampiran pagar masuk utama ke tapak pembinaan itu.

Fadzil berkata identiti anggota PGA dan pegawal keselamatan itu belum dikenal pasti dan pihaknya turut menemui sepucuk pistol di tempat kejadian. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan