Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota perkhidmatan awam tertakluk buku panduan

 Fredian…..penjawat awam perlu merujuk  buku panduan perkhidmatan awam jika tersasar dalam tugas.
Fredian…..penjawat awam perlu merujuk buku panduan perkhidmatan awam jika tersasar dalam tugas.

NABAWAN: Anggota-anggota Perkhidmatan Awam adalah tertakluk kepada Buku Panduan Peraturan-Peraturan Anggota Perkhidmatan Awam   yang menjadi panduan dan perlu dipatuhi oleh setiap pegawai dan kakitangan.

Pegawai  Daerah Nabawan Fredian berkata, melalui panduan dan pertaruran-peraturan yang terkandung dalam buku panduan itu, sesorang pegawai  dan kakitangan mengetahui mana-mana perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang penjawat awam serta membolehkan penjawat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Katanya, jika terdapat penjawat awam yang tersasar  semasa menjalankan tugas, mereka perlulah kembali kepada panduan dan peraturan yang dikehendaki oleh  oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sama ada Negeri dan Persekutuan.

“Ini amat penting bagi mengelakkan daripada tindakan yang akan diambil akibat pelanggaran mereka dengan peraturan-peraturan yang sedia ada” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Yang Berhormat Datuk Bobbey A. Suan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur  Merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nabawan di Dewan Serbaguna di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sebagai penjawat awam dituntut untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan atau rakyat secara keseluruhannya dan penjawat awam juga perlu memberi sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang. – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan