Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Parlimen Sabah Dengar Taklimat Khas ESScom

esscomm

LAHAD DATU:  Anggota Parlimen Sabah mendengar taklimat khas mengenai perkembangan terkini Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Taklimat itu yang disampaikan Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohammad Mentek turut memperjelas secara terperinci pelbagai program dan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan, termasuk tambahan anggota keselamatan dan pertahanan serta aset.

Selain itu, Mohammad turut mengadakan sesi dialog bagi memantapkan lagi operasi ESSCom dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Turut hadir pada sesi perjumpaan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup yang juga anggota Parlimen Pensiangan, bahagian pedalaman Sabah.

“Antara isu yang dibangkitkan, insiden kes penculikan termasuk yang berlaku baru-baru ini di Pulau Baik, Lahad Datu, keberkesanan ESSCom dan kerjasama ESSCom dengan agensi lain dalam mengawal keselamatan di ESSZone,” kata Mohammad dalam kenyataan Rabu.

Mohammad berharap sesi taklimat itu dapat memberi sedikit sebanyak kefahaman kepada anggota Parlimen Sabah, terutama cabaran yang dihadapi ESSCom dalam mengekang pencerobohan dan jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata ESSCom turut mempelawa anggota Parlimen Sabah untuk melawat kawasan ESSZone bagi mengetahui lebih lanjut isu dan masalah yg dihadapi oleh pasukan keselamatan.

ESSCom yang ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di ESSZone.

ESSZone merangkumi kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Komen


Berita Berkaitan