Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota Keluarga Kesal Khabar Angin Nahas Helikopter

3:10pm 06/05/2016 Pak Roshan 5600 views Isu Semasa,Mutakhir

helikopter-600x366

KUALA KANGSAR – Anggota keluarga Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, seorang daripada yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak petang semalam, kesal dengan penyebaran khabar angin mengenai insiden itu.

Adik bongsu anggota Parlimen Kuala Kangsar itu, Wan Mohammad Khairul Fallah berkata penyebaran berita atau gambar tidak sahih amat mengganggu emosi mereka sekeluarga.

“Apapun yang berlaku terhadap abang saya, kami sekeluarga di sini menunggu berita penemuannya dengan tenang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Kuching pagi ini mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pagi ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan.

Sementara itu, Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar mengadakan majlis bacaan Yasin di Masjid Ubudiah di sini memohon keselamatan buat Wan Mohammad Khair-il.

Naib Ketua Wanita Bahagian itu, Rohaya Abd Rajak berkata sebanyak 100 anggota UMNO dan keluarga Wan Mohammad Khair-il menghadiri majlis itu pada pukul 8 pagi tadi. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan