Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Kabinet Sabah angkat sumpah hari ini

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika hadir di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

 

KOTA KINABALU: Anggota Kabinet negeri bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijadual mengangkat sumpah di Istana Negeri, hari ini.

Menurut sumber Parti Warisan Sabah (WARISAN), upacara itu dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang ini.

“Kenyataan media akan dikeluarkan selepas upacara itu,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mohd Shafie yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada Sabtu lalu, sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan mewujudkan dua kementerian baharu bagi melancar dan mengukuhkan pentadbiran negeri. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan