Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Kabinet perlu miliki satu suara

masidi manjunKOTA KINABALU – Anggota Kabinet Persekutuan yang dilantik oleh Perdana Menteri perlu sepakat dalam membuat sebarang keputusan sama ada berkaitan pentadbiran kerajaan ataupun mengenai isu lain.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun (gambar) berkata,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh melucutkan jawatan seseorang menteri yang disifatkan beliau sebagai ‘membantah’ setiap keputusan yang telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Anda (menteri) bebas menyampaikan pendapat masing-masing ketika mesyuarat Kabinet berlangsung tetapi anda perlu akur setiap keputusan muktamad yang telah dibuat oleh Perdana Menteri berhubung suatu isu yang dibincangkan,” katanya semasa diminta mengulas mengenai rombakan kabinet Kerajaan Persekutuan yang diumumkan oleh Najib di Putrajaya semalam yang menyaksikan beberapa nama menteri kanan digugurkan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib turut memaklumkan pelantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru di samping pertukaran portfolio kementerian di kalangan menteri dan timbalan masing-masing. Dua menteri kanan dari Sabah, Datuk Seri Mohd Shadie Apdal yang memegang portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Datuk Ewon Ebin (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) turut digugurkan.

Masidi berkata, sebagai anggota kabinet perlu menghormati dan menghargai jasa Najib sebagai seorang Perdana Menteri dan bukannya mengkritik beliau terutama dalam forum terbuka.

“Negara tidak dapat ditadbir dengan baik dan cemerlang sekiranya terdapat anggota kabinet yang tidak setuju dan mengkritik dengan terbuka cara Perdana Menteri mentadbir kerajaan,” ujarnya.

Beliau juga berkata bahawa setiap anggota Kabinet juga mempunyai pilihan sama ada mahu meletak jawatan sebagai tanda protes ataupun dilucutkan jawatan oleh Perdana Menteri yang bertanggungjawab melantik mereka ke jawatan masing-masing.

 – Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan