Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota Geng Yuyu dalang empat kes jenayah ditangkap

4:21pm 27/05/2016 Leolerry Lajius 799 views Jenayah,Tempatan
Chandra, menunjukkan pedang samurai milik suspek yang dirampas ketika serbuan berkenaan.

Chandra, menunjukkan pedang samurai milik suspek yang dirampas ketika serbuan berkenaan.

KOTA KINABALU: Empat orang suspek yang menganggotai satu sindiket yang digelar Geng Yuyu ditahan pihak polis pada 25 Mei yang lalu dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Putera Jaya, Telipok.

Serbuan tersebut adalah tindakan susulan berikutan satu laporan yang telah dibuat oleh sepasang kekasih yang mendakwa telah disamun oleh dua orang lelaki ketika  berehat sebentar di kawasan letak kereta awam berhampiran dengan replika ikan jerung, Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu sebelum balik ke rumah di Kampung Pulutan Menggatal.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, dalam kejadian berkenaan, pengadu mengatakan mereka telah didatangi oleh dua orang lelaki dan salah seorang suspek berbadan besar telah pergi ke sebelah kiri kenderaan dan berdiri memerhatikan keadaan sekeliling, manakala seorang lagi suspek berbadan kecil terus pergi ke arah pengadu lalu mengeluarkan sebilah parang dan mengacu kearah pengadu serta meminta pengadu meninggalkan kunci dalam kereta dan mengeluarkan barang milik pengadu.

“Sambil mengacukan senjata ke arah pengadu, suspek terus meminta pengadu dan teman wanitanya keluar daripada kereta lalu suspek meminta pengadu menyerahkan beg duit.”

“ Apabila suspek mengambil beg duit milik pengadu, suspek terus menaiki kereta pengadu lalu melarikan diri mengikuti jalan utama menuju ke arah jalan UMS. Manakala rakan suspek menaiki kereta kancil warna hitam model lama,”katanya ketika sidang media di IPD Kota Kinabalu, hari ini.

Chandra menunjukkan gambar salah seorang suspek yang masih diburu pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Chandra menunjukkan gambar salah seorang suspek yang masih diburu pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Menurut Chandra lagi, suspek juga turut dipercayai terlibat dalam empat kes jenayah iaitu kes pecah rumah di Signal Hill 1, Tanjung Lipat Jalan Signal Hill Park pada 23 Mei yang lalu melibatkan kerugian bernilai RM10,000.00, kes samun di kawasan letak kereta awam, Jalan Tun Fuad Stephen Taman awam Teluk Likas pada 24 Mei yang lalu melibatkan kerugian bernilai RM10,000.00, kes pecah rumah di .Kuarters Kakitangan Hospital Likas Jalan Bangka-Bangka Inanam pada 24 Mei yang lalu melibatkan kerugian bernilai RM13,000.00 serta kes pecah rumah di Taman Putera Perdana Telipok pada 24 Mei yang lalu melibatkan kerugian bernilai RM1,500.00.

Modus operandi suspek adalah, kumpulan ini bergerak menggunakan kenderaan yang dicuri  atau disamun. Setelah memperolehi kenderaan mereka bergerak untuk melakukan pecah rumah dengan menyasarkan rumah yang tiada penghuni.

Tujuan melakukan pecah rumah ialah untuk mendapatkan wang belanja harian dan membeli dadah jenis Syabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan suspek boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh  tahun dan boleh di kenakan sebat, Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan sebat serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan suspek boleh didenda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun.

Tambah Chandra terdapat dua orang lagi suspek yang sedang diburu pihak polis yang dipercayai turut terlibat dalam kumpulan ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta agar tampil untuk membuat laporan polis.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Chandra menunjukkan kenderaan milik pengadu yang dilarikan suspek dalam kejadian di Tanjung Lipat.

Chandra menunjukkan kenderaan milik pengadu yang dilarikan suspek dalam kejadian di Tanjung Lipat.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan