Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota GAUM Sertai Perhimpunan Anti-Bersih Esok

10:11pm 18/11/2016 Pak Roshan 701 views Mutakhir,Politik

MJX_9927-640x3201

KOTA KINABALU – Gerakan Akarumbi UMNO Malaysia (GAUM) menghantar 3,000 anggotanya untuk menyertai perhimpunan anti-Bersih 5.0 di Kuala Lumpur, sebagai tindak balas sekiranya Bersih meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan.

Pengerusi GAUM, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata anggotanya akan menyertai tiga gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baju merah yang lain di Padang Merbok yang dianggarkan mencecah 300,000 orang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Kami masih lagi berharap supaya Bersih 5.0 membatalkan niat mereka mengadakan perhimpunan esok.

“Cuma kami berharap Bersih tidak memulakan provokasi. Sebelum ini yang menimbulkan provokasi bukan peserta baju merah tetapi baju kuning namun diputar belitkan oleh pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkarnain berkata demikian sebagai mengulas rancangan Bersih 5.0 untuk meneruskan perhimpunan mereka meskipun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah mengisytiharkan perhimpunan Bersih 5.0 sebagai haram. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan