Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota bomba tidak kesal terlantar sakit demi tugas bantu masyarakat

Awangku Rafi ketika menerima lawatan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. - foto Aryan De Vera / Sayangsabah
Awangku Rafi ketika menerima lawatan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. – foto Aryan De Vera / Sayangsabah

KUALA PENYU – “Tiada penyesalan”… Itu ungkapan yang sesuai diberikan buat tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kini menderita sakit di wad hospital daerah di sini, selepas disahkan dijangkiti virus kencing tikus semasa menjalankan tugas menyelamat.
Ketiga-tiga anggota berkenaan dipercayai dijangkiti virus itu ketika menjalankan tugas menyelamat dan memantau mangsa bencana banjir di sekitar kawasan Beaufort dan Membakut, baru-baru ini.
Salah seorang anggota, Agku Rafi Ag Besar, 37, berkata walaupun terpaksa menanggung kesakitan sejak seminggu lepas, namun beliau tidak menyesal sebaliknya tetap berpuashati kerana dapat berkhidmat kepada mangsa bencana.
“Apa yang penting, tugas diamanahkan harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab walaupun tahu risiko yang bakal dihadapi,” katanya yang bertugas di balai bomba daerah di sini.
Beliau mengakui tidak berapa ambil berat mengenai faktor kebersihan semasa menjamu makanan ketika terlibat dalam tugas menyelamat mangsa banjir berkenaan.
Katanya, setiapkali operasi menyelamat mangsa banjir dijalankan, segala tindakan harus dibuat dengan cepat sama ada menyelamat mangsa ataupun semasa makan, berikutan situasi kritikal pada ketika itu.
“Adakalanya kami tidak membersihkan tangan dengan betul sebelum menjamah makanan kerana apa yang penting bagi kami adalah menghabis makanan dengan cepat agar tugas menyelamat dapat segera dilakukan,” katanya kepada pemberita.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana keadaan kami bertiga semakin beransur pulih,” katanya yang apabila menerima kunjungan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun di Hospital Kuala Penyu, di sini, hari ini. – Oleh ARYAN DE VERA / Sayangsabah

  

Komen


Berita Berkaitan