Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Bomba Maut Terkena Renjatan Elektrik

Apolos Jeremes - Foto JBPM
Apolos Jeremes – Foto JBPM

SANDAKAN – Seorang anggota bomba maut terkena renjatan elektrik ketika melakukan operasi memadamkan kebakaran belukar di Taman Kenari Batu 7, dekat sini, semalam.

Mangsa, Apolos Jeremos, 25, dari Kampung Entilibon, Tongod antara anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dihantar ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.59 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata mangsa terkena renjetan elektrik daripada pendawaian disambung secara haram di kawasan rumah setinggan berhampiran taman perumahan itu.

Katanya mangsa tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar Hospital Duchess di sini untuk dibedah siasat.

Apolos menjadi anggota bomba sejak September 2011 dan meninggalkan isteri yang sedang hamil lima bulan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi
menganggap mendiang Apolos sebagai pegawai yang dedikasi dan terlatih sehingga ditugaskan dengan pasukan khas STORM (Special Technical Operation & Rescue).

Katanya beliau sedih kejadian itu berlaku kepada Apolos ketika beliau dan pasukannya berusaha memadamkan kebakaran belukar itu.

“Kejadian ini berlaku apabila mendiang tersentuh wayar elektrik yang terdedah ketika beliau sukar membezakan sisa dan tumbuhan dengan wayar elektrik,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Menurutnya siasatan awal bomba mendapati wayar elektrik adalah dari penyambungan haram dari sebuah rumah pam ke kawasan setinggan yang berdekatan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan