Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ANGGOTA BOMBA MANGSA LEMAS PUCHONG DIKEBUMIKAN DI TAWAU

 

Ahli keluarga Allahyarham Mazlan Omarbaki dilihat bersama dalam kenderaan untuk majlis pengkebumian di tanah perkuburam Kampung Batu Payung, Tawau malam ini. Gambar SNT / Ehsan Sumber

KOTA KINABALU: Jenazah Allahyarham Mazlan Omarbaki, 25, iaitu salah seorang anggota bomba yang terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, tiba di Lapangan Terbang Tawau petang tadi.

Pesawat yang membawa jenazah tiba kira-kira pukul 5.40 petang dan terus di bawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Batu Payung untuk dikebumikan.

 

Anggota bomba mengusung jenazah Allahyarham Mazlan Omarbaki sewaktu tiba di Lapangan Terbang Tawau untuk disemadikan di tanah perkuburan Kampung Batu Payung, Tawau malam ini. Gambar SNT / Ehsan Sumber

Mazlan yang merupakan anak jati Tawau bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang telah berkhidmat selama lima tahun.

Allahyarham Mazlan Omarbaki dikebumikan di tanah perkuburam Kampung Batu Payung, Tawau malam ini. – Gambar SNT / Ehsan Sumber

Selain Mazlan, lima lagi rakan setugas beliau turut terkorban dalam kejadian pada pukul 9 malam itu.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pusaran air deras yang terjadi akibat hujan lebat di kawasan berkenaan.

Lima lagi mangsa terkorban ialah Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 dan Yahya Ali, 24 manakala dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan