Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Baharu Kabinet Sabah Angkat Sumpah

KOTA KINABALU : Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk dua ADUN yang​ dilantik mengangkat sumpah sebagai anggota jemaah Sabah baharu di Istana Negeri petang ini.

Mendahului senarai ialah Pengerusi PKR Sabah, ​Christina Liew yang juga ADUN Api-api, diikuti Naib Pengerusi Parti Warisan Sabah (WARISAN) iaitu ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony.

​​
Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Turut mengangkat sumpah, lima ADUN iaitu ADUN Tg Aru, Wong Hong Jun, ADUN Sindumin,​Datuk ​Dr Yus​o​f Ya​c​​ob, ADUN Kadamaian, Ewon Benedick, ADUN Pantai Manis, Datuk Aidi Mokhtar dan ADUN Tg Papat, Frankie Poon Ming Fung.

Kemudian diikuti dua ADUN ​yang ​dilantik Pemangku Presiden UPKO yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong​ merupakan​ Ahli Parlimen Sandakan.

Sementara itu, 18 ADUN turut mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri.

Antaranya, ADUN Sri Tanjong, Jimmy Wong, ADUN Inanam Kenny Chua, ADUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, ADUN Bongawan, Dr Daud Yusuf, ADUN Moyog, Jennifer Lasimbang, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang, ADUN Petagas, Uda Sulai,ADUN Karambunai, Azhar Matussin dan ADUN Merotai, Saripuddin Hatta.

Kesemua para anggota jemaah negeri menandatangani watikah pelantikan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malan​ju​m​.

Hadir sama ialah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Shuryani Shuaib./Penerangan-

Madius (kiri) dan Stephen (kanan) membaca watikah pelantikan.

Komen


Berita Berkaitan