Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota badan dikerat milik lelaki Sepanyol

ANGGOTA polis memeriksa anggota badan manusia yang ditemui terapung di Sungai Chao Phraya di Bangkok.
ANGGOTA polis memeriksa anggota badan manusia yang ditemui terapung di Sungai Chao Phraya di Bangkok.

Bangkok: Beberapa anggota badan manusia yang ditemui terapung di Sungai Chao Praya di sini di percayai milik ahli perniagaan Sepanyol yang diculik dan diperas ugut sebelum dibunuh, kata polis.

Kes itu mendapat liputan meluas media Thailand sejak beberapa hari lalu yang menyiarkan imej anggota polis memegang beberapa anggota badan manusia.

Anggota badan pertama ditemui pada Ahad lalu disusuli dengan enam lagi penemuan di lokasi berasingan di sungai berkenaan.

Ketua pegawai penyiasat polis, Panya Maman memberitahu wartawan, mangsa adalah ahli perniagaan Sepanyol yang masuk ke Thailand pada 19 Januari lalu.

“Saya yakin dalam tempoh 48 jam kes ini akan diselesaikan.

“Semua suspek termasuk gengster dari luar negara termasuk beberapa warga tempatan yang terbabit dalam kes ini akan ditahan,” katanya.

Menurutnya, pembunuhan itu mungkin berlaku antara 25 hingga 27 Januari lalu.

“Selepas kematian lelaki itu, kami mengesan wang mangsa dipindahkan ke beberapa negara termasuk Singapura, Sepanyol dan Thailand,” jelasnya. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan