Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggap peminat bagai keluarga

9:32am 08/03/2017 Pak Roshan 11 views Global

JACKMAN dapat reaksi membina sepanjang 2 dekad kewujudan karakter Wolverine.

Bagi peminat karya adiwira, tentunya kehadiran filem Logan di pawagam seluruh negara bermula 2 Mac lalu membuatkan ramai tidak senang duduk.

Bintang utamanya, Hugh Jackman memegang peranan sebagai Wolverine atau Logan dalam sembilan filem bermula dengan X-Men pada 2000.

Namun begitu, pengakhirannya sudah tiba buat Logan dan sudah semestinya meninggalkan impak besar kepada peminat setia karakter itu.

Bagi Jackman, Wolverine atau Logan bukan sekadar karakter yang yang disajikan kepada penonton tetapi lebih daripada itu.

“Wolverine memberikan saya kerjaya. Ia karakter pertama saya di layar perak sekali gus membuka banyak peluang lain yang tidak pernah terlintas di fikiran saya,” katanya. – myMetro Online

LAKONAN Jackman sebagai Logan yang meninggalkan impak.

ANTARA babak dalam filem Logan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan