Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,507

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Andy, Orang Kuat Sabah wakil Malaysia ke Hungary hujung bulan ini

2:28pm 08/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 4398 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan

Andy (tengah) bersama presiden OKB Geroge (kanan) dan biro media OKB Andrew Poninting.

Kota Kinabalu: Orang Kuat SabahAndy Gerald akan mewakili Malaysia ke 1st International Natural Strongman Contest for Sportaccord di Hungary pada hujung bulan ini.

Perkara itu diumumkan oleh Kelab Sukan Orang Kuat Borneo (OKB) kelmarin.

Presiden kelab sukan Orang Kuat Borneo (OKB), George Clinton Mojitang berkata Andy adalah pesaing yang kuat dan dia yakin akan kebolehan anak kelahiran Penampang itu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kami berharap penyertaan Andy akan mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan sebagai pembakar semangat kepada atlit lain yang mempunyai bakat seperti Andy,” katanya.

Dia percaya negara Malaysia, dan Sabah akan dibawa ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam sukan tersebut.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan