Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Andai Terluka, Ingat Janji-Nya’ – Mesej Heliza Buat Safiey

3:48pm 06/09/2016 Pak Roshan 2486 views Hiburan,Mutakhir

1-2-e1473141235158

SIAPA yang tak kenal dengan Safiey Ilias?

Seorang pengasas produk kecantikan yang mengejutkan ramai suatu ketika dahulu apabila membuat keputusan mahu berhijrah daripada seorang maknyah kepada lelaki sejati.

Luahan Sayu Safiey Ilias Kepada Ali Russia Tentang Keinginannya Untuk Berubah - blogmazeer.com-3

SAFIEY ILIAS (DAHULU)

Safiey Ilias Akhirnya Bertaubat Kembali ke Jalan Allah - blogmazeer.com-4

luahan-sayu-safiey-ilias-kepada-ali-russia-tentang-keinginannya-untuk-berubah

Dek kerana itulah, namanya meniti dibibir masyarakat Malaysia hinggakan mendapat publisi yang meluas dari banyak stesen televisyen.

Pun begitu, malam tadi netizen dikejutkan dengan perkhabaran dari laman media sosialnya yang mengaku dirinya telah kembali menjadi ‘pondan’ semula kerana penat menjadi baik.

Penyanyi dan pengacara, Heliza Helmi

Penyanyi dan pengacara, Heliza Helmi

Pengakuan Safiey itu juga membuatkan dirinya teruk menerima kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak.

Terpanggil untuk memberi nasihat kepada Safiey, penyanyi dan pengacara Heliza Helmi tampil memberikan mesej penuh makna buat ahli perniagaan terkenal itu.

Dalam mesej itu, Heliza mengucapkan terima kasih kepada Safiey kerana telah memberikan kesedaran kepadanya.

Heliza juga turut mengakui dia kagum dengan Safiey yang banyak memberi motivasi dan inspirasi padanya.

“Bismillahirrahmanirrahin. Assalamualaikum wbt Safiey Ilias.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihAllah swt, Aamiin.

Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa kabar? Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin

Pertama Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami kesedaran, di mana kami ni ,ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak tutur kata , penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey tersinggung. Maafkan kami Safiey. :'(

Kak Ija selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam hidup kami. BarakAllahu Fiik.

Dan sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana, kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga merancang, sebaik baik perancang adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki lain in sha Allah 🙂

Safiey, betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami 🙏🏻😭

Jom kita sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong , saling mendoakan, berkata yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada bersamamu, doa kami mengiringi

Safiey,Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?…..

Andai perjuangan itu mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga,
Andai rebah, BANGKITLAH SEMULA,
Andai terluka,INGATLAH JANJINYA.

– MYNEWSHUB

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan