Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anda Sering Terlewat Solat. Nak Buat Macam Mana? (2)

2:32pm 12/05/2016 Zakir Sayang Sabah 104 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Macam mana nak keluar dari belenggu sering terlewat solat?

  1. Akui melewatkan solat adalah satu MASALAH. Selagi mana kita rasa OK dengan melewatkan solat selagi itu kita tidak akan pernah mengambil urusan solat sebagai sesuatu yang serius dan utama. Setelah mengakui melewatkan solat adalah masalah, baru kita akan berusaha mengatasi masalah tersebut.
  1. Menepati masa berkaitan dengan urusan kepercayaan kita. Allah berfirman :

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (103) [Surah anNisaa : 103]

Adakah kita benar-benar yakin dan percaya Allah memanggil kita setiap kali kita mendengar azan?

Adakah kita benar-benar yakin dan percaya solat adalah sebuah anugerah dari Allah untuk kita?

Adakah kita benar-benar yakin dan percaya segala rezeki, kejayaan dan barakah akan datang apabila kita memperbaiki keadaan solat kita (di awal waktu)?

Jika jawapannya ya, maka marilah solat di awal waktu dan tunjukkan pada Allah betapa kita sangat teruja untuk berjumpaNya (solat).

  1. Kenalpasti kelebihan bersiap awal untuk solat. Malang sekali apabila ada sebahagian dari kita mengatakan;
    “ Buat apa nak siap awal untuk solat? Masa antara azan dengan iqamat kan lama. Buang masa aku duduk tunggu iqamat. Banyak benda lain boleh buat.”
    Tidak sedikit hadis Nabi SAW yang menyatakan tentang fadhilat solat.

Abdullah ibnu Mas’ud Ra berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, amal perbuatan apa yang paling afdhal?” Beliau menjawab, “Shalat tepat pada waktunya.”…… [Sahih Bukhari]

  1. Berhenti terus dari melakukan apa jua urusan apabila mendengar azan. Allah berfirman :

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) [alMauun : 4-5]

Ayat ini dengan tegas merupakan suatu ancaman bagi mereka yang solat tetapi secara sambil lewa. Oleh itu pilihlah jalan yang selamat. Apabila mendengar azan, terus bersiap untuk ke masjid dan bukannya menunggu sehingga iqamat.

  1. Rancang rutin harian mengikut waktu solat dan bukan sebaliknya! Apabila kita meletakkan solat sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian, segala aktiviti lain akan kita sesuaikan mengikut waktu solat. Di Malaysia kita bersyukur kerana tiada perubahan waktu solat yang ketara. Berbeza dengan negara yang mempunyai banyak musim. Waktu subuh yang terlalu awal dan waktu Isyak yang terlalu lewat. Gunakan kelebihan smartphone dengan reminder waktu solat 15-30 minit sebelum masuk waktu. Ini supaya kita sedar awal tentang waktu solat dan tidak bertindih dengan tugasan lain.
  1. Menyegerakan pergerakan ke masjid untuk solat. Menjadi kebiasaan kita, apabila kita cuba ‘sambil menyelam minum air’. Dalam perjalanan ke masjid, sempat menyinggah ke kedai. Sebelum keluar rumah untuk ke masjid, sempat jemur pakaian. Azan berkumandang, kita baru keluar pejabat; “takpela sementara nak tunggu iqamat aku gerak dulu, nanti dah iqamat aku berhenti mana-mana surau.” Akhirnya terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

Aisyah pernah ditanya. “Apakah yang selalu Rasulullah lakukan di rumah?” Beliau menjawab; “Baginda sering membantu urusan dalam rumah. Apabila masuk waktu solat ‘azan’, baginda keluar untuk solat.” [Bukhari]

  1. Walaupun perkara ini nampak kecil, tetapi sedikit sebanyak ianya member saham kearah melewatkan solat. Cuba untuk organize barang-barang peribadi seperti handphone, wallet kunci kereta dan sebagainya. Kebanyakan masa dihabiskan dengan mencari perkara yang yang bersepah dan tidak diketahui duduk letaknya.

Semoga tips ringkas ini menjadi panduan untuk kita semua supaya dapat terus istiqamah dalam menyempurnakan tiang agama ini.

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan