Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anda Sering Terlewat Solat. Nak Buat Macam Mana? (1)

10:16pm 05/05/2016 Zakir Sayang Sabah 201 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Beberapa minit sebelum azan Zohor, waktu itulah lambakan kerja melimpah di atas meja pejabat.

“Aku kena siapkan sekarang kalau tak nanti balik kerja lambat petang nanti!.”

Allahu Akbar 3x

Azan berkumandang dari masjid berdekatan dengan pejabat. Terpacul notification dari laptop dan handphone. ‘Telah masuk waktu solat Zohor’.

“Ada 15 minit lagi sebelum Iqamat, sempat lagi siapkan kerja ni.” – monolog dalaman

Akhirnya seperti skrip lama yang diulang tayang, setelah 30 minit berlalu baru kerja siap. Barulah tergesa turun ke musolla, ambil wuduk dan solat. Sendirian lagi kerana pekerja lain telah selesai solat berjemaah. Lambat lagi!

Hakikatnya kejadian ini bukannya berlaku hanya pada waktu Zohor, tetapi pada setiap waktu solat! Lewat Subuh sebab terbangun lambat, Zohor sebab kerja, Asar sebab terkandas dalam traffic jam dan Isyak sebab makan malam?

Dan setiap kali terlewat, kita cuba pujuk diri sendiri. “Ini kali terakhir aku lewat, lepas ni confirm aku kat saf pertama setiap kali solat fardhu.”  Ironinya, selepas itu masih lagi kita terlewat solat. Masbuk. Lebih malang solat sendirian di rumah.

Mula-mula, mungkin kita mengambil mudah apabila lewat solat. Begitu mudah terjatuh dalam perangkap syaitan.

“ Takpela, at least aku solat kat masjid. Daripada orang lain solat kat rumah. Bahkan ada yang tak solat pun. So aku ni kira okla lambat sikit.”

Namun lama kelamaan, baru kita sedar betap berat dan kroniknya apabila membiasakan diri untuk solat lewat. Ia bukan sahaja memberikan impak buruk kepada rohani dan tingkah laku selaku Muslim bahkan mengganggu juga produktiviti kerja seharian.

Kenapa Solat Lewat Memberi Kesan Buruk Terhadap Kehidupan Seharian Anda?

Apabila kita sering melewatkan solat, sama ada kita sedar atau tidak, ianya menunjukkan karakter diri kita yang sebenar. Tidak berdisiplin, lemah pengurusan masa, tidak serius dalam tugasan harian walaupun melibatkan perkara paling penting dalam hidup iaitu solat! Melewatkan solat juga melambangkan sifat kita yang tidak boleh diharap!

Tiada siapa yang suka apabila dipanggil ‘budak tak boleh harap’, tak pandai jaga masa dan tidak berdisiplin. Tapi inilah hakikatnya, “action speak louder dah words”.  Tindakan kita melewatkan solat sebenarnya satu petanda awal yang mana menunjukkan kita akan melambatkan semua kerja-kerja harian yang lain.

Kata Hasan al-Basri

Apabila urusan solat menjadi perkara yang paling diambil mudah, maka apakah sebenarnya yang menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian?   Perbaikilah urusan solat, maka urusan duniamu akan semakin baik.

Mengapa Kita Sering Melewatkan Solat?

Masalah Rohani

  1. Tidak benar-benar faham siapa Allah. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, tetapi inilah hakikatnya. Apabila kita dengan selesa dan sengaja melewatkan solat dan kadang-kadang sehingga ke hujung waktu, sebenarnya itu satu petanda  kita belum betul-betul kenal siapa Allah.
  2. Tidak menghargai ‘hadiah’ solat yang Allah berikan kepada kita. Mungkin kita tidak sedar, solat merupakan SATU-SATUNYA ibadah yang disyariatkan kepada kita secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Isra’ Mikraj. Bukan seperti pensyariatan yang lain yang mana ada perantaraan Jibril. Dengan melewatkan solat menunjukkan kita tidak menghargai hadiah agung dari Allah ini.
  3. Kurang kefahaman mengenai hubungkait solat dan rezeki. Alasan paling sering kita gunakan apabila kita lewat untuk solat adalah; “Aku ada meeting dengan client…”, “kejap lagi aku solat, ada call penting…”, dan pelbagai lagi alasan lain. Kita sibuk terkejar untuk selesaikan urusan dengan manusia yang mana kita risau akan terlepas rezeki kita kalau kita tak’jaga’ client.

Apa yang kita tak nampak apabila kita ambil mudah urusan solat, di situ hilangnya barakah dalam setiap kerja yang kita buat.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (132) [Surah Taha : 132]

Masalah Praktikal

  1. Menyangka tugasan boleh disiapkan segera sebelum solat jemaah bermula. Perkara ini sering terjadi apabila kita merasakan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan mampu selesai sebelum solat bermula. Meskipun tugasan itu dapat disiapkan, kita lupa mengira berapa minit pula yang diperlukan untuk ke masjid/musolla, masa untuk berwudhu dan sebagainya. Lalu sekali lagi kita terlewat!
  2. Menangguh kerja. Perbuataan menangguh kerja sememangnya menjadi budaya yang sangat tidak sihat. Lalu syaitan menggunakan lambakan kerja (yang ditangguhgkan) sebagai senjata untuk kita melewatkan solat. Di waktu nak dekat solatlah kita mula ‘rajin’ nak siapkan semua kerja yang melambak tu.
  3. Mengambil kesempatan terhadap masa yang ada antara azan dan iqamat. Seharusnya masa tersebut digunakan untuk bersiap sedia dan solat sunnat rawatib. Tetapi masa itulah yang kita gunakan untuk selesaikan tugasan.

(Sumber: QuranicGen.com, oleh Productive Muslim)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan