Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ancaman Daesh Sempena Hari Malaysia?

3:29pm 01/09/2016 Pak Roshan 1091 views Jenayah,Mutakhir

daesh1

KUMPULAN militan Daesh mula ‘mengganas’ di negara ini dengan membuat kemunculan pada hari-hari penting yang diadakan di dalam negara.

Terbaru, tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota kumpulan militan Daesh ditahan kerana cuba melancarkan serangan pada malam Ambang Kemerdekaan.

Berita Harian melaporkan, polis tidak menolak kemungkinan anggota kumpulan militan itu merancang untuk membuat ‘kemunculan’ kembali pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, cubaan mereka untuk mengganggu sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini gagal selepas ahli kumpulannya di tahan polis dua hari lalu.

Susulan itu, mereka berkemungkinan merancang mengganggu sambutan Hari Malaysia bagi menunjukkan kehadiran kumpulan militan di negara ini.

Noor Rashid berkata, polis sedang memantau beberapa individu yang berpotensi untuk mewujudkan keadaan mengganggu kententeraman awam di negara ini.

Beliau turut mengakui kumpulan tersebut sudah lama wujud, namun semakin aktif sehingga berani menonjolkan diri.

Isnin lalu, tiga suspek yang berusia 20 hingga 27 tahun ditahan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang dipercayai menerima arahan untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di Kuala Lumpur, Kuil Hindu di Batu Caves, Selangor serta balai polis atau mana-mana anggota polis dengan menggunakan bom tangan atau senjata api pada malam Ambang Merdeka 2016. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan