Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ancaman Bom: Penumpang Tenang, Penerbangan Air France Ditunda

10:28am 15/11/2015 Pak Roshan 97 views Global

airfrance

KUALA LUMPUR – Penumpang-penumpang penerbangan Air France AF1741 ke Perancis, yang tidak dapat berlepas dari Lapangan Terbang Schipol selepas menerima ancaman menerusi tweet, kelihatan tenang semasa berdepan dengan situasi itu, kata seorang penumpang dari Malaysia.

“Saya berada dalam penerbangan itu. Ketika kami di dalam pesawat, Air France menerima ancaman berhubung penerbangan ini. Mereka segera mengarahkan semua penumpang turun daripada pesawat…kemudian kami dikelilingi ramai pengawal keselamatan dan lelaki bersenjata,” katanya kepada Bernama menerusi mesej whatsapp hari ini.

Pesawat itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam kira-kira 1.45 waktu tempatan pada Sabtu.

Penumpang wanita itu berkata keseluruhan koridor berkenaan juga ditutup dan para penumpang diarahkan masuk ke dalamnya, sekiranya ada bom yang meletup.

“Mereka (pihak berkuasa lapangan terbang) juga menutup semua bidai koridor ini. Semua penumpang tenang, (ada) berbalas mesej telefon bimbit dan membaca,” katanya yang enggan dikenali.

Selepas itu, dua pemeriksaan menyeluruh penerbangan dilakukan ke atas pesawat itu termasuk menggunakan anjing pengesan bahan letupan.

“Semua bagasi diimbas sepenuhnya bagi pengesahan…kami juga diperiksa,” katanya.

Seorang juruterbang Air France turut menjelaskan situasi itu kepada para penumpang.

“Beliau (juruterbang lelaki) berkata jika kami berasa tidak selesa menaiki pesawat itu, kami boleh ditukarkan ke pesawat lain. Kami akan menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi,” katanya.

Penumpang itu berkata pesawat itu berlepas pada 6.45 petang waktu tempatan pada Sabtu setelah penerbangan dilewatkan lima jam. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan