Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ancam serang Bali

9:54am 20/01/2016 Pak Roshan 8 views Global
SEORANG anggota polis yang lengkap bersenjata berkawal di sebatang jalan di Kuta di Bali, semalam.

SEORANG anggota polis yang lengkap bersenjata berkawal di sebatang jalan di Kuta di Bali, semalam.

Bali: Beberapa bandar di pulau ini mungkin menjadi sasaran serangan kumpulan pengganas sama yang melancarkan serangan nekad di luar pusat beli-belah Sarinah di Jakarta minggu lalu, kata satu laporan.

Polis Indonesia dikatakan menyiasat satu surat ancaman yang dihantar ke sebuah pejabat kerajaan di daerah Buleleng di Bali pada jam 9 pagi semalam.

Menurut laporan Fairfax Media, surat itu memberi amaran bahawa rangkaian pengganas berkenaan bersedia meletupkan bandar di Bali.

“Anggota kami kini be-
rada di Denpasar dan Singaraja.

“Kami akan menyerang pusat beli-belah, pejabat dan destinasi pelancongan,” kata surat berkenaan.

Ketua polis Buleleng, Heri Heriyadi mengesahkan surat itu dihantar ke sebuah pejabat kerajaan di daerah itu.

“Apabila surat itu dibuka seorang pegawai, keadaan menjadi kecoh.

“Ia satu ancaman dan seorang pegawai kami yang berada di pejabat itu terus membawa saksi dan surat berkenaan ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku melancarkan tujuh serangan bom dan tembakan di tengah Jakarta Khamis lalu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan