Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak yatim tidak ketinggalan membeli belah peralatan sekolah

9:01am 30/11/2015 Ann Vivien 82 views Isu Semasa,Tempatan
Redonah bersama 38 murid merakam kenangan selepas Program Back To School anjuran Wanita Umno Kota Marudu.

Redonah bersama 38 murid merakam kenangan selepas Program Back To School anjuran Wanita Umno Kota Marudu.

KOTA MARUDU:  Seramai 38 anak-anak yatim dan anak-anak ahli jawatankuasa Wanita Umno Kota Marudu membeli belah pakaian seragam dan peralatan alat tulis di  Pusat Membeli Belah Servey Kota Marudu semalam.

Program Back To School merupakan program cuti sekolah anjuran Wanita Umno Kota Marudu.

Dalam majlis itu Ketua Wanitanya, Redonah Bahanda memberitahu program Back To School merupakan acara tahunan dan merupakan program amal mendekati golongan kurang berkemampuan. Selain merapat hubungan sirahtulrahim dengan ahli-ahli Wanita Umno.

Menurut Redonah sumbangan beg sekolah itu merupakan antara komitmen pihaknya dalam membantu masyarakat tempatan melalui aspek pendidikan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan awal anak-anak masing-masing mengikuti sesi persekolahan akan datang serta memberi motivasi kepada murid itu” katanya.

Pengarah Urusan Timbai Engineering Sdn Bhd, Reontra Bahanda telah menyumbang  dalam program tersebut.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan