Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis Iftor untuk anak yatim dan murid UPSR

Anak yatim dan murid  sekolah di raikan
Anak yatim dan murid sekolah di raikan

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Dato’ Haji Jaujan Haji Sambakong telah meraikan seramai 60 orang anak yatim dan murid yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  Sekolah Kebangsaan (SK) Tongkalloh, Pulau Bum-Bum, Semporna dalam Majlis Iftor yang diadakan di restaurant makanan segera KFC, Semporna, semalam.

Selain berbuka puasa bersama Jaujan, anak yatim dan murid sekolah itu juga menerima duit raya.

Menurut Jaujan yang juga Pengerusi Safma, Majlis Iftor bersama pelajar sekolah itu merupakan program motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa dan pelajar agar  mengutamakan pendidikan.

“Dengan memiliki pendidikan yang tinggi, ia dapat mengubah nasib diri dan keluarga”, tegasnya.-Sayangsabah

Jaujan menerima cenderamata daripada Guru Besar SK Tongkalloh, Abdul Hasad di majlis itu.
Jaujan (kiri) menerima cenderamata daripada Guru Besar SK Tongkalloh, Abdul Hasad di majlis itu.

Komen


Berita Berkaitan