Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak yatim dari lima daerah dirai

Nasir (tiga kanan) menyampaikan sumbangan BIKS kepada sebahagian anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu sempena majlis Iftar Ramadan SEDCO di Kota Kinabalu.
Nasir (tiga kanan) menyampaikan sumbangan BIKS kepada sebahagian anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu sempena majlis Iftar Ramadan SEDCO di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Datuk Nasir Sakaran menghadiri majlis Iftar Ramadan anjuran Badan Islam Kumpulan Sedco (BIKS) di Wisma Sedco, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Hashim Paijan; Peguam Negeri, Datuk Mariati Robert; Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir dan kakitangan kumpuan Sedco serta tetamu undangan.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan sumbangan BIKS Sedco kepada anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu; Tabung Prihatin ABIM Sabah; Masjid Bandaraya Kota Kinabalu; Persatuan Orang Buta Sabah; Masjid Panglima Endanan, Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum Bum; Masjid Kampung Salimbangun Satu; Masjid Al-Jemaah Kampung Biau Bongawan; Masjid Nurul Iman, Weston; Surau Al-Falaq Kampung Bunut, Tenom dan Surau Kampung Rajunah, Kota Belud.

Terdahulu majlis Tadarus Al-Quran di adakan di Perkasa Lounge Sedco dan disertai anak-anak yatim Kota Kinabalu dan kakitangan kumpulan Sedco. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan