Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,431

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak usir ibu kerana kos penjagaan

1:42pm 21/04/2017 Pak Roshan 2405 views Global

WANITA berkenaan baring di luar rumah selepas diusir anaknya. – Agensi

Beijing: Seorang wanita berusia 82 tahun ditemui tidur di luar rumahnya selama tiga hari dalam cuaca sejuk selepas anaknya bertelagah mengenai kos penjagaannya.

Anak bongsunya dengan dibantu isterinya mengusir wanita berkenaan dari rumahnya di Yangzhou di wilayah Zhejiang selepas dia enggan menyerahkan wang pencennya kepada mereka minggu lalu.

Dia terlantar selama tiga hari di luar rumah sehingga pegawai tempatan terpaksa campur tangan.

Menurut laporan, wanita itu tidak boleh bergerak sendiri dan kedengaran menangis teresak-esak.

Jiran datang untuk menawarkan bantuan dan mencari penempatan alternatif tetapi dia menolaknya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda