Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak tempatan digalakkan untuk terlibat dalam industri hiliran berasaskan sawit

1:40pm 24/11/2016 Leolerry Lajius 16 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Anak-anak tempatan dialu-alukan agar melibatkan diri dalam industri kilang hiliran berasaskan kelapa sawit di negeri ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail berkata, kementeriaannya sentiasa menggalakkan penglibatan anak-anak tempatan dalam industi kilang hiliran  dan beberapa insenstif juga telah diberikan bagi tujuan ini.

“Itu sebabnya kita mewujudkan Pelabuhan Kontena Palm Oil Cluster (POIC) Lahad Datu yang diwujudkan khas untuk tanaman kelapa sawit terutamanya sisa buangan biomas.”

“Walaubagaimanapun, kita tidak memberikan tumpuan khas hanya untuk sisa biomas kerana terdapat juga syarikat yang memohon agar mewujudkan produk yang lain berasaskan sawit,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Tungku Datuk Haji Mohd. Suhaili Hj. Said yang bertanyakan mengenai apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan kilang hiliran di negeri ini ketika Persidangan DUN mesyuarat ketiga penggal keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Elopura Datuk Au Kam Wah, yang bertanya mengenai pendekatan yang digunakan oleh kerajaan dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan potensi pelaburan dalam sektor pembuatan, industri hiliran sawit dan gas untuk meyakinkan pelabur-pelabur yang berminat melabur di negeri ini.

Beliau menyatakan, penerbitan Buletin Sabah Industrial Quarterly (Buletin SIQ) merupakan salah satu langkah yang telah diambil untuk menarik minat dan memberikan maklumat kepada pelabur-pelabur luar.

“Setakat ini, kementerian saya telah Berjaya menerbitkan 18 edisi Buletin SIQ dan telah mencapai edaran menghampiri 100,000 naskah.”

“Sebagai bulletin yang berinformatif, Buletin SIQ bukan sahaja menyebarkan maklumat-maklumat terkini berhubung perkembangan sektor industri di Sabah malah isu-isu semasa yang memberikan impak secara langsung kepada sector industri di negeri ini yang juga diterokai serta diperjelaskan dengan terperinci,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan