Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak singa terkam budak tiga tahun

9:21am 10/03/2016 Pak Roshan 619 views Global
RAKAMAN menunjukkan mangsa diserang anak singa.

RAKAMAN menunjukkan mangsa diserang anak singa.

Vladimir (Russia): Sebuah video di Russia menunjukkan detik mengerikan seekor anak singa menerkam kanak-kanak berusia tiga tahun yang cuba bermain dengannya dalam salji.

Anak singa bernama Faina itu yang diikat dengan rantai, berjalan dengan penjaganya di sebuah taman di Russia sebelum tiba-tiba menerkam ke arah kanak-kanak lelaki itu menyebabkan mangsa terjatuh.

Anak singa itu kemudian menggigit tengkuk mangsa menyebabkan kanak-kanak itu serta ibunya menjerit.

Faina cuma melepaskan mangsa selepas penjaganya Olga Orlova memukulnya dengan kuat berulang kali menggunakan batang kayu dan berjaya menariknya daripada mangsa.

Kejadian menakutkan itu berlaku di sebuah taman bandar di bandar Vladmir di rantau Vladimir Oblasy di Russia.

Menurut saksi, mangsa terselamat kerana memakai jaket musim sejuk yang tebal, sekali gus berjaya menghalang gigi anak singa itu daripada menyebabkan cedera. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan