Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Anak Sabah Run’ perlihatkan perpaduan di Sabah sentiasa utuh

10:16pm 06/03/2016 Leolerry Lajius 134 views Sukan,Tempatan
Antara peserta larian tersebut yang dilepaskan oleh Datuk Teo.

Antara peserta larian tersebut yang dilepaskan oleh Datuk Teo.

KOTA KINABALU: Sabah merupakan contoh terbaik yang sentiasa mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakatnya yang pelbagai kaum.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, penyertaan peserta yang terdiri dari pelbagai kaum dalam acara larian Anak Sabah Run anjuran pergerakan pemuda Liberal Democratic Party (LDP) merupakan platform yang menunjukkan bahawa keharmonian masyarakat majmuk di Sabah sentiasa utuh.

“Penyertaan peserta dari pelbagai kaum dan peringkat usia dalam acara ini memperlihatkan bahawa keharmonian masyarakat majmuk di Sabah sentiasa utuh dan saya ingin menyeru agar persefahaman ini terus diperkukuhkan dengan penganjuran program seumpama ini,” katanya ketika ditemui media ketika kejohanan tersebut di Kompleks Sukan Likas.

Sementara itu, menurut Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang, acara tahunan yang dianjurkan oleh pergerakan pemuda LDP melalui Kelab Sukan Borneo Cemerlang telah diberikan sedikit kelainan pada tahun ini kerana kutipan derma untuk sekolah-sekolah yang memerlukan turut diadakan.

“Saya ingin menyeru agar masyarakat Sabah sentiasa bersatu padu dan menjadi ejen kepada memperkukuhkan perpaduan serta menjadi contoh kepada masyarakat di negara ini,”katanya.

Beliau juga berharap agar lebih ramai pihak yang akan tampil untuk mengadakan program seumpama ini yang boleh menerapkan nilai permuafakatan.

Larian yang bertemakan ‘Towards Harmony’ sejauh 7 kilometer itu mendapat penyertaan lebih dua ribu orang peserta. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta larian tersebut.

Jainab menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta larian tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan