Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak peneroka Felda Umas hilang

hilang

TAWAU – Seorang anak peneroka Felda Umas dilaporkan hilang di kawasan bakau Ladang Kelapa Sawit Felda Umas, semalam, kira-kira pukul 6.30 petang selepas keluar memancing bersama dua rakannya.

Menurut sumber, rakan mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bantuan Felda Umas setelah mangsa, yang dikenali sebagai Nazir Sabarudin berusia 28 tahun didapati tidak kembali ke tempat memancing dan usaha mengesannya gagal.

Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.01 pagi Sabtu dan tiba dilokasi pada jam 1:45 pagi.

Menurutnya, seramai empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera serta turut mendapat bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Umas seramai 10 orang.

Pasukan bomba dan PBS Umas serta anggota polis bantuan bersama orang kampung melakukan pencarian di sekitar kawasan berkenaan sehingga kira-kira pukul 5 petang, semalam namun mangsa masih belum ditemui. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan