Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak paus terdampar di pantai

SEEKOR anak ikan paus yang dipercayai dari spesies Bryde ditemui terdampar di pesisir pantai berhampiran Kampung Indarason, di Kudat. – Foto ihsan Taman Tun Mustapha

 

KUDAT: Seekor anak ikan paus yang dipercayai dari spesies Bryde ditemui terdampar di pesisir pantai berhampiran Kampung Indarason, di sini, awal pagi tadi.

Penduduk kampung yang menyedari kehadiran hidupan laut itu menghubungi pihak berkuasa termasuk pengurusan Taman Tun Mustapha jam 6.30 pagi.

Ikan paus sepanjang kira-kira 4.5 meter itu ditemui masih hidup namun berada dalam keadaan lemah dengan beberapa kesan kecederaan pada bahagian badannya.

Penolong Pengarah Taman Tun Mustapha, Fazrullah Rizally Abdul Razak berkata, ikan paus berkenaan dipercayai dibawa arus ke tepi pantai ketika air pasang.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menunjukkan tanda untuk kembali ke kawasan laut dalam.

“Ketika ini, ramai pihak membantu haiwan berkenaan sementara menunggu kehadiran Unit Kecemasan Hidupan Liar,” katanya yang turut berada di lokasi penemuan ketika dihubungi, hari ini.

Penemuan ikan paus berkenaan viral di laman sosial pagi ini selepas dikongsikan penduduk kampung sekitar. – BH ONLINE

RAMAI pihak membantu anak paus ini sementara menunggu kehadiran Unit Kecemasan Hidupan Liar. – Foto ihsan Taman Tun Mustapha

Komen


Berita Berkaitan