Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak mithali

10:49am 28/06/2016 Pak Roshan 2011 views Global
   JENNY menggunakan batang kayu untuk membawa bapanya ke tempat kerja.

JENNY menggunakan batang kayu untuk membawa bapanya ke tempat kerja.

Manila: Kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Filipina yang membantu bapanya yang buta pergi ke tempat kerja hampir setiap hari mendapat liputan meluas media negara itu.

Dengan menggunakan sebatang kayu kanak-kanak berkenaan, Jenny membawa bapanya, Nelson Pepe bekerja di sebuah ladang kelapa di wilayah Leyte Selatan.

Pepe atau dikenali sebagai Dodong bekerja dengan mengambil upah memanjat pokok kelapa.

Seorang wanita, Rhuby Capunes merakam kehidupan dua beranak berkenaan yang hidup sederhana di wilayah terpencil berkenaan.

Video itu menunjukkan Dodong memegang sebatang kayu yang ditarik Jenny dari rumah mereka ke ladang kelapa berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan