Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak Maut terperangkap lapan jam

anak maut

Kuala Nerang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam
kereta bapanya lebih lapan jam di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di
sini, hari ini.

Kejadian bermula kira-kira 7.30 pagi apabila mangsa Muhammad Aqil Arfan Adnan dikatakan tidur
dalam kereta ketika bapa menghantar ibu mangsa yang berkhidmat sebagai guru di SMK Syed Ahmad di
sini.

Menurut sumber, bapa mangsa Adnan Salleh, 42, yang juga seorang guru, dikatakan terlupa untuk
menghantar anaknya ke sebuah tadika yang terletak berhampiran dengan sekolah isterinya sebaliknya
terus pergi ke tempat dia mengajar di SMK Kuala Nerang.

“Bapa mangsa dikatakan terlupa anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang kereta terus masuk ke
sekolah untuk mengajar.

“Ketika bapa mangsa pergi semula ke keretanya untuk pulang mengambil isteri dan anaknya kira-kira
4 petang, dia terkejut melihat kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan
kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 kanun keseksaan.- myMetro

 

Komen


Berita Berkaitan