Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,784

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak maut, ibu bapa parah

9:37pm 03/07/2016 Pak Roshan 8536 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
KENDERAAN Proton Waja yang dinaiki mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 18 Jalan Semporna-Tawau. - Foto Ihsan Bomba.

KENDERAAN Proton Waja yang dinaiki mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 18 Jalan Semporna-Tawau. – Foto Ihsan Bomba.

Semporna: Seorang budak perempuan berusia setengah maut manakala ibu bapanya cedera parah apabila kereta Proton Waja mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Semporna-Tawau, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Nordania Dalisha meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya Mohd Razalie Hajal Lajim, 30, dan isterinya Mariana Abdul Hana, 27, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Semporna.

Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.10 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bomba menerima laporan berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja dinaiki mangsa, Proton Saga FLX dan sebuah bas mini persiaran.

“Setiba di lokasi, ada seorang bayi perempuan meninggal dunia dan dua mangsa cedera parah bersama lima lagi mangsa lain yang cedera ringan. Semua mereka dikeluarkan orang awam dari kenderaan masing-masing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Mohd Affendy, semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran oleh orang awam untuk rawatan dan bomba hanya melakukan operasi pemantauan di kawasan berkenaan. – myMetro Online

pix ihsan bomba

pix ihsan bomba

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan