Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak Linda Rafar meninggal dunia

anaklindarafa

KUALA LUMPUR:  Anak kedua kepada penyanyi dan pelakon Linda Rafar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini semalam.

Adik kepada penyanyi tersebut, Diana Rafar ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian anak saudaranya, Rezaimen Kiflin Kifli, 12.

“Jenazah di bawa ke kediaman Linda sendiri di Seksyen 6, Shah Alam,” katanya kepada Utusan Online.

Rezaimen yang merupakan anak kedua Linda hasil daripada perkahwinan pertama bersama bekas suami Keifli Othman dimasukkan ke wad HUKM sekitar Mac lalu.

Sementara itu, Linda yang masih gagal dihubungi pernah memberitahu anaknya itu mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan perlu menjalani rawatan lanjut.

Di dalam laman Instagram milik Linda, dia meluahkan rasa sedih dengan kehilangan anaknya.

Linda memuat naik gambar anaknya dengan kapsyen berbunyi “Al-Fatihah.. Moga anak mama tenang di syurga Allah.”.

Komen


Berita Berkaitan