Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak lembu mitos

GAN bersama anak lembunya berkepala dua yang mati tidak lama selepas dilahirkan.
GAN bersama anak lembunya berkepala dua yang mati tidak lama selepas dilahirkan.

Beijing: Haiwan ini nampak seperti makhluk dalam kisah mitos, tetapi sebenarnya ia anak lembu yang dilahirkan berkepala dua dan menggemparkan penduduk sebuah kampung kecil di wilayah Sichuan.

Ibu lembu berkenaan sebelum ini melahirkan tiga anak yang sihat dan normal, namun kelahiran kali ini nyata mengejutkan penduduk kampung Shaijin yang mengaku tidak mungkin mempercayainya jika tidak melihatnya sendiri.

Pemiliknya, Gan Yuanhua berkata: “Saya dengar lembu betina itu keresahan dan membuat bunyi pelik.

“Saya dapat mengagak sudah tiba masanya dia beranak.”

Katanya, dia pada mulanya menyangka haiwan itu melahirkan kembar selepas melihat dua kepala, tetapi terkejut apabila mendapati ia sebenarnya haiwan bermutasi. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan