Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak lembu bermuka dua

10:03am 22/09/2016 Pak Roshan 133 views Global
Keluar peladang di Kentucky, Amerika Syarikat, memberi nama Lucky (Bertuah) kepada anak lembu bermuka dua ini.

Keluar peladang di Kentucky, Amerika Syarikat, memberi nama Lucky (Bertuah) kepada anak lembu bermuka dua ini.

Taylor County, Kentucky: Seorang peladang dan keluarganya dekat Campbellsville di sini, terkejut apabila lembu mereka melahirkan seekor anak bermuka dua, Jumaat lalu.

“Dari jauh saya menyangka lembu itu melahirkan anak kembar kerana nampak dua hidung namun apabila meneliti lebih dekat, saya terperanjat besar kerana anak lembu itu ada dua muka,” kata Stan McCubbin.

Selepas beberapa hari anak lembu itu kelihatan sihat namun ada beberapa masalah, termasuk empat matanya tidak berkelip. Ia boleh berdiri tetapi hanya berjalan dalam bulatan sebelum jatuh.

 Bagaimanapun, anak lembu itu boleh makan walaupun memerlukan bantuan untuk menyuapnya. Selain itu, kedua-dua mulutnya bergerak serentak.

Keluarga itu menamakan anak lembu itu Lucky (Bertuah) kerana menganggap ia amat bernasib baik kerana masih hidup selepas dilahirkan dalam keadaan itu.

Isteri peladang itu, Brandy McCubbin, bagaimanapun berkata: “Melihat keadaannya, saya terfikir berapa lama masa mereka ada untuk bersama Lucky.” – WDRB.com/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan