Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak lembu berkepala dua lahir di Britain

9:56am 20/03/2016 Pak Roshan 163 views Global
KEADAAN anak lembu yang dilahirkan dengan dua kepala.

KEADAAN anak lembu yang dilahirkan dengan dua kepala.

London: Seorang penternak di Yorkshire, Britain terkejut selepas seekor lembu betina peliharaannya melahirkan anak yang mempunyai dua kepala.

Shaun Sowray, 55, yang mengusahakan ladang tenusu berkata, pada mulanya dia menyangka lembu betina berkenaan bakal melahirkan anak kembar.

Bagaimanapun, dia terkejut selepas haiwan itu melahirkan seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala.

“Pada mulanya saya menyangka lembu ini bakal melahirkan anak kembar, tetapi sangkaan saya meleset.

“Saya terkejut apabila melihat anak lembu ini mempunyai dua kepala yang lengkap dan berkongsi badan serta anggota yang lain,” katanya.

Menurutnya, anak lembu itu tidak mampu berdiri kerana kepalanya terlalu berat dan mati beberapa jam selepas dilahirkan

“Saya sudah berpuluh tahun mengusahakan ladang ternakan dan ini kali pertama lembu peliharaan saya melahirkan anak berkepala dua.

“Seorang pakar haiwan memberitahu kejadian ini sangat ganjil dan jarang berlaku,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan