Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak lembu berkepala dua dilahirkan di India

10:34am 05/05/2016 Pak Roshan 113 views Global
VEER Singh terpaksa memegang anak lembunya yang berkepala dua ketika ia menyusu pada ibunya.

VEER Singh terpaksa memegang anak lembunya yang berkepala dua ketika ia menyusu pada ibunya.

Allahabad (India): Sebuah ladang ternakan di perkampungan di utara India mula menjadi tumpuan orang ramai selepas seekor lembu melahirkan anak berkepala dua.

Anak lembu yang mempunyai dua kepala dan satu badan itu dilahirkan di kampung Pannuganj di negeri Uttar Pradesh minggu lalu.

Pemiliknya, Dharam Veer Singh, 47, berkata, ini kali pertama dia melihat anak lembu yang mempunyai dua kepala.

“Saya pernah mendengar berita mengenai lembu dilahirkan dengan dua kepala, tetapi ini kali pertama saya melihat kejadian luar biasa ini,” katanya.

Lembu dianggap haiwan suci oleh penganut agama Hindu di India dan kelahiran anak lembu berkepala dua berkenaan dianggap satu rahmat oleh penduduk kampung.

Sejak berita itu tersebar, beratus-ratus orang datang untuk melihat anak lembu berkenaan dan meminta restu daripadanya.

Haiwan dengan kecacatan seperti itu biasanya jarang hidup lama, tetapi anak lembu berkenaan masih hidup selepas seminggu dilahirkan.

Bagaimanapun, Veer Singh memberitahu, dia bimbang dengan kesihatan anak lembunya itu kerana ia sukar untuk menyusu.

“Saya terpaksa memegang anak lembu ini manakala dua kepala itu bergilir-gilir ketika menyusu pada ibunya.

“Anak lembu ini tidak boleh berdiri kerana kepalanya terlalu berat dan ibunya pula sukar untuk menyusukannya.

“Anak lembu ini semakin lemah dan saya bimbang ia mungkin tidak dapat bertahan lama,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan