Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak kejam

MANGSA (kanan) ditemui hasil maklumat orang awam kepada polis.
MANGSA (kanan) ditemui hasil maklumat orang awam kepada polis.

Sri Lanka: Seorang wanita ditangkap selepas didapati mengurung ibunya berusia 87 tahun yang ditemui bogel dalam sangkar dan tanpa perlindungan di kawasan Udatenna, di Kandy.

Menurut jurucakap polis Asisten Superintendan Ruwan Gunasekara, polis Ududumbara bertindak selepas mendapat maklumat awam.

Wanita itu dikurung anak perempuannya yang berusia 51 tahun di tingkat bawah rumah yang baru dibinanya, kata polis.

Siasatan awal mendapati, mangsa dikurung tanpa seurat benang manakala sangkar berkenaan cuma ditutup dengan sehelai kain lilin tanpa penjagaan sempurna atau makanan selama beberapa hari.

Menurut polis, ketika ditemui wanita itu mengalami gatal-gatal dan dengan lahap memakan roti yang diberikan kepadanya.

Dia dimasukkan ke Hospital Besar Kandy untuk rawatan lanjut, manakala anak perempuannya itu ditangkap dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Theldeniya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan