Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak kambing bermata satu, tiada hidung

9:58pm 25/06/2016 Pak Roshan 528 views Mutakhir,Nasional
ANAK kambing betina yang dilahirkan pelik bermata satu ditengah kepala dan bernafas pula melalui mulut milik seorang penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang. - Foto Ihsan Pembaca

ANAK kambing betina yang dilahirkan pelik bermata satu ditengah kepala dan bernafas pula melalui mulut milik seorang penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang. – Foto Ihsan Pembaca

GUA MUSANG: Penduduk Kampung Limau Kasturi dekat sini gempar apabila seekor kambing milik seorang penduduk melahirkan dua anak yang mempunyai satu mata dan tidak mempunyai hidung.

Kecacatan anak kambing itu turut mengejutkan pemiliknya, Zabidah Mat, 50, yang sudah 15 tahun memelihara haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, seekor anak kambing itu mati selepas 10 minit dilahirkan kira-kira jam 9 pagi semalam, manakala seekor lagi anak kambing betina masih hidup.

“Saya sendiri terkejut dan ini sesuatu yang amat luar biasa.     “Sebaik tersebar kelahiran anak kambing pelik ini, orang ramai tidak putus-putus datang melihatnya. Anak kambing ini bernafas melalui mulut.

“Sayangnya anak kambing jantan mati selepas kira-kira 10 minit dilahirkan dan kini hanya yang betina masih hidup dan kami akan menjaganya sebaik mungkin.

Tak pasti selama mana anak kambing ini boleh bertahan,” katanya ditemui di rumahnya, hari ini. Zabidah berkata, ibu kambing baka tempatan itu sebelum ini sudah beberapa kali melahirkan anak, tetapi semuanya sempurna sifat.

Katanya, dia hanya menyedari kambingnya melahirkan anak kembar selepas dimaklumkan jiran. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan