Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak Juruterbang QZ8501 Mohon Jangan Salahkan Bapanya

Gambar kenangan Kapten Iriyanto bersama keluarganya sebelum berlaku nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Gambar kenangan Kapten Iriyanto bersama keluarganya sebelum berlaku nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

HATI anak mana yang tak terguris jika bapa kesayangan seolah-olah dipersalahkan atas tragedi yang tidak pernah dibayangkan akan berlaku.

Itulah yang diluahkan oleh Angela Anggi Ranastianis,22, anak juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Kapten Iriyanto menerusi media Indonesia.

Dia memohon agar masyarakat mahupun media tidak menyalahkan bapanya atas nahas pesawat yang membawa 162 orang penumpang dan anak kapal itu.

“Bapa juga menjadi mangsa. Sehingga saat ini pun belum diketahui di mana dia berada. Keluarga saya masih dalam keadaan berkabung.

“Televisyen semakin mencari kesalahan juruterbang. Tolong, untuk saat ini fokuskan untuk mencari bapa saya. Bapa saya belum ditemui. Jangan beritahu ‘itu ini’ tentang bapa saya,” rayu Angela.

Luahan Angela menerusi akaun sosialnya memohon agar bapanya kembali pulang.

Sehingga semalam, jumlah jenazah penumpang QZ8501 yang berjaya dibawa naik adalah seramai 34 orang. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan