Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak Jati Sabah Mengharumkan Nama Malaysia Selepas Di Nobatkan Sebagai Drummer Terbaik IDF 2017

TAHNIAH AIMAN, kerana telah di nobatkan sebagai pemain drum terbaik sempena Indonesia Drum & Perkusi Festival 2017 semalam. Satu kejayaan yang membanggakan seluruh pemain drum tempatan, khsusnya di Malaysia. Siapa sangka, Nazrul aiman bin Asdar baru berusia 17 tahun ANAK JATI SABAH asal TAWAU ini mampu menonjol di kalangan peserta peserta lain.

 

Ayah Aiman ( Baju Hitam) sendiri ( Kanan Aiman) iaitu En Asdar atau sinonim dengan gelaran DK

Difahamkan, saingan Aiman bukan sembarangan drummer. Kepelbagaian teknik bermain drum dan penyertaan peserta yang jauh berpengalaman antara yang menjadi singan kepada Aiman. tetapi itu bukan penghalang bagi Aiman.

Dia tidak mengedahkan kesemua peserta yang bertanding. bagi Aiman, kalah menang bukan yang di cari. Apa yang penting, memperlihatkan skill dan bakat yang beliau ada kepada juri juri prosefional yang terdiri dari nama nama besar di Indonesia.

Rasanya kejayaan ini pasti membuka lembaran baru buat Aiman dan rakan rakan lain. peluang untuk menembusi negara seberang kini tersedia. Hanya perlukan pengorbanan serta komitmen yang tinggi sahaja.

Aiman bersama bapa saudaranya ErwansyahNarsamingmingming (Bukan Nama Sebenar) atau lebih dikenali dengan nama panggilan ‘Wan Drum” yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada Aiman.

Sekalung tahniah kepada Ayah Aiman sendiri iaitu En Asdar atau sinonim dengan gelaran  DK yang sentiasa memantau dan mencari peluang kepada anak beliau. kejayaan Aiman datangnya dari sokongan padu serta tanggungjawab sebagai seorang ayah itu sendiri. Hobi  yang mulanya dilakukan di jamming studio, kini membuahkan hasil yang luar jangkaan.

Tahniah Aiman… – OnlineFM/SayangSabah

Aiman ( kiri ) dan Saudara Salleh ( kanan ) antara orang yang banyak memberikan semangat dan tunjuk ajar di atas kejayaan Aiman

Komen


Berita Berkaitan